Afifah
My
Bloginality is INFJ!!!
Kuala Terengganu

LIKES

Badminton . Chocolates . Chess . Chilli . Ciku . CT . CRV . Dried flowers . Green . Milo . NESLO . Orchid . Poem . Postcard . Soup . Stamp . Taking pictures . Tomyam . Writing

DISLIKES

Bodek . Busy Body . Cigar . Copycat . Liar . Mata Kucing

my blog private photos public photos duadunia rauhunt my twin rafreen crayon hakim nasrul ahli mata jazz tok yan kak wan kak ina intizhar ctzone ctonline svoa creative zone sesumpah store jaki online jiwang.org UniS Emedia


Sunday, April 30, 2006

Transkripsi, satu Transisi?

Hemm..Transkripsi. Pe kaitannye ngan album ni ek?. After listening to all songs, I do beleive that Transkripsi means something...

To Siti : ye la..susah payah terbit sendiri (with other penerbit), usahasama ngan composer luar. Siti ada cerita why she's happy for Transkripsi n what it meant for her. Sila ke sitizone.
To Fans : lame sgt nunggu album ni kuor hehehe penat doh weh ngan ksh album kawinnnn zzzzzz!

Sblom cite byk, thanks to my sis for the CD + milo lalalala..

RM2X.XX for 13 songs. It's worth buying!. Well, if it's priced more than that, I still grab it. Sebab minat. Cip kata kena thanks ct sbb rege CD ni, hehhee TQ Siti!

Now, let's talk about what have Siti n friends produced :- The Album

Cover album

Huh! jenuh ku baca komen kekawan di forum. Memula start bab cover album (mcm perang saudara dah jadinyee hahaha) n then ke lagu2. To be honest, ku suka cover nya. Penyebabnya adalah contrast warna. Ku tak dulik lipstick Siti kaler pe, earring bentuk ape sekalipun :D. Yg ku nampak, ct nampak 'terang' di cover tu. Cumanyaa, kalo disimbolikkan pose Siti ngan tajuk album, ku rasa cover album itu akan lebih 'mantap' hahaha..(tatau la kalo when Siti dongak, it means something. Ampun ya Siti! :D, Hamba kurang jelas).

Soal design cover ni, tiada sape salah, cuma mungkin SNP masih kekurangan kreativiti n inovatif to think that far. Bercakap psl kreativiti ni, teringat satu brochure loan yg ku terpandang masa gi bank. cukup kretip pada hemah ku. Ada gambo kaki budak kecik, pakai kasut org tuaaa., simbolic but simple. Mudah difahami org, isnt it? Kalo nggak stuju pun takpe hehhee

The Songs

Sblom beli CD, telinga ku ni dah di expose to 4 songs which are Biarlah Rahsia, Bisakah, Intrig Cinta and Siti Situ Sana Sini. Bisakah jee yg kurang mesra telinga masa dgr kali pertama. It's a good sign. Tapi still eager nak dgr the rest of the album.

Dengar Round 1 (mcm bertinju lak rasa)

Mendengar tanpa melihat description stiap lagu (nak reduce bias). Ku mmg tau composer yg terlibat but which composer produced which song masih lagi samar. Tapi, bleh teka which song is Yasin's, Melly's, Glen's and Erwin's. Mgkn lagu mereka seakan tipikal. Melly, tingat Tentang Dia bila dengar lagu tu. Dengar lagu ciptaan Glen utk Siti seakan dengar lagu nyanyian Glen yang satu tu (lupe tajuknye). Pak Erwin lak, sebaik dgr lagu Siti yg berkenaan, terflashback waktu konsert di RAH. Sejibik! hehe Terus bleh teka. Kalo lagu Yasin, dengan irama rutinnya. Hehehe....tak laraatttt! Ampunkan saya!

Sekali dgr, 10 lagu bleh ku terimaa. Tak sangka, Tanpa Dendam di Hati tak masuk senarai. Walhal, composernya hebat. Ntah laa, kureng rasa minat di situ. Hidup penuh bicara, ammm tanpa kejutan, kureng bleh terima. Satu lagi, Cuba Untuk Mengerti. Tatau kenapa tak tertarik, may be tak dengar bersungguh-sungguh ;)

Dengar Beround-round (sampai penin)

Semua lagu sedap sebenonyee. Yang macam tak best dlm round 1, dah jadi best or bleh terima. Tapi soal terima atau tidak ni soal citarasa. Ada orang bleh telan smua makanan (tolak kayu n batu) n ada orang memilih makan (bukan sesaje nak memilih, kekadang tu alergik) hehehee gitula perumpamaannya. Bila cite soal citarasa, ku ada masalah dengan satu lagu. Walo beround-round dengar, tetap alergik sokmo n it makes me wondering, why this song in? (ku tepuk dahi). Ku lupe jap, kalo ku tak suke, what if org lain suka...hehehe

Yang akan diulang dengar

Jadi buntu bila nak buat ranking yang paling paling sesuai di senarai atas and bawah. Tak reti ambe. Tapi kalo di nanye, lagu mana yg akan slalu ku ulang dengar, my answer will be :-

1. Bila harus memilih
2. Destinasi cinta
3. Pastikan
4. Rupanya kita serupa
5. Hati berbisik
6. Tanpa dendam dihati
7. Cuba untuk mengerti
8. Impiankan nyata

Hemm bukan bermakna yang tak ku senarai ku takmo dengor, saja.., nak 'kenal' lagi 8 lagu di atas ;) Bukan pe, lagu yg dah biasa ku dengar tu dah memang sah2 ku sukeee. Ehh...banyak gak lagu yg nak ku ulang dengar. Macam sukeee jeee Transkripsi !!

The lyrics

Lirik simple and understandable. Bukan pe, bila dgr lagu yg sedap n lirik simple, sesambil la paham makna lagu tu. Org kata, jiwo la tuh, siap paham lirik. Tapi pada ai, seronok dgr lagu kalo paham jalan ceritanya. Of all the lyrics, ai suka Bisakah, Biarlah Rahsia, Tanpa Dendam di Hati, Pastikan, Bila Harus Memilih, Destinasi Cinta and Intrig Cinta.

Song Arrangement

Ramai kekawan kata music arrangement Transkripsi bagus. Tak reti nak cite bab tu. Tapi ku paling suka arrangement Tanpa Dendam Di Hati, Bisakah, Bila Harus Memilih, dan Biarlah Rahsia. Arrangement lagu lain pun suka, tapi these 4 paling signifikan.

Vocal Siti

Susah nak cari cacatnya vokal Siti dlm record. Even nyanyi live pung Siti mentennn. Tapi yg ku perasan, banyak kedengaran suara halus Siti (donno how to address this), lembut dan lunak.. ;)). Dan satu lagi, suka suara 'dalam' Siti dlm sesetengah lagu. Sounds different.

Overall

It's worth waiting n worth buying. Ada org kata WoW! Superb! This is the best Siti's album ever!. Ni hak individu, penilaian masing-masing. This is due to setiap individu ada different leading factors that resulting satisfaction. Kalo tanye ambe, ambe puas hati., to the extent of effort Siti and crews have put on the album. Ibaratnya, bukan senang nak tanam pokok bunga dari benihnya. Kena cukup air, cahaya, baja. Haa gate pun kena jaga. Kot kambing datang, mkn daun n bunga! btol ke idak aku nih! Ku suka Transkripsi! Ape sekalipun, there's always a room for improvement. Tinggal lagi, mau atau tidak. Harapnya Transkripsi jadi satu produk eksperimen yg boleh memantapkan produk SNP akan dtg (esp. utk album Siti).

Kalau ada duit lebih tuu, ada baiknye jugak SNP conduct research on market segmentation sebab sekarang ni pun kita dah nampak konflik antara pembeli album Siti. SNP should do something to explore apa yg berlaku dlm market. Adakah smua pembeli dari kategori I'll buy as long as it Siti's? Kalo kebanyakannya dari kategori ni, it's a good news to SNP. Jual apa saja dgn nama Siti Nurhaliza not Siti Sifir or Siti Situ Sana Sini (or even wajah Siti), pasti laku! hehhee SNP perlu kaji wujud tak pembeli dari lain kategori yg tak mudah terima apa saja. Kalo dapat dikenalpasti kategori inii, next time, improvement dpt dibuat based on what everybody expects. Well, it's never be easy to please everybody. But everybody deserves to get a bit of what they prefer, as a consumer :D

Semoga Transkripsi maju jaya dari jualannya, respon pembeli dan respon pengkritik seni! Tahniah Siti dan krew!

Argghhhh sudah, layan Prison Break lak!

|

*fifa* writes @ *12:07 AM*

Saturday, April 22, 2006

Bersangka baik dan berfikiran positif

Few days ago, ku attend majlis solat hajat dan bacaan Yasin sempena minggu exam. Ntah ngape ada kedengaran suara sumbang 'Eh, org buat PhD ada exam jugak ke?' [-X. Bercakap seolah solat hajat and membaca Yasin ni amalan orang yang ada exam saja. Sempit dan negatifnya pemikiran mereka. Sedih jap dalam hati. Tapi, sebagai antara orang yg agak berusia cem tua sgt rasa kat sini, ku menten cool. Sebaiknya, adik-adik comel lote ni kena pikir yg baik. Sekurang-kurangnya, kita rapatkan silaturrahim antara kita, berkongsi pengalaman dan kita ingat mengingati sesama kita. Dahla ini bukan wilayah Melayu... Berbalik pada PhD, walo takde exam, beban dan komitmennya teramatlah berat, usahanya berlipat gandalah banyak dan dugaannya hebat. Kita berlawan dengan diri sendiri dan harapan orang. Memang susah. Menuntut kekuatan dalaman yang kental. Dari mana kekuatan dalaman datang? Tentulah dariNya. Cukuplah luahan rasaku :). Jemput baca something taken from my email :-

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu yang diam itu
Kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu yang senyum itu
Kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu
Kerana mengenangkan dosa
Mana tahu yang menawan itu
Kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu
Kerana cergas cerdasnya

Oleh itu, ada baiknya kita diam dari melakukan sesuatu yang tak berkenaan dengan diri kita bagi mengelakkan mendapat dosa secara percuma :)>-

|

*fifa* writes @ *12:23 PM*

Wednesday, April 19, 2006

Husband Technical Support
taken from email

Image hosting by Photobucket

Dear Tech Support :

Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed that the new program began making unexpected changes to the accounting modules, limiting access to flower and jewelry applications that had operated flawlessly under Boyfriend 5.0.

In addition, Husband 1.0 uninstalled many other valuable programs, such as Romance 9.9 but installed undesirable programs such as NFL 5.0 and NBA 3.0. Conversation 8.0 no longer runs and HouseCleaning 2.6 simply crashes the system.

I've tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail.

Signed: Desperate Wife
Image hosting by Photobucket

------------------------------------------- REPLY ---------------------------------------------

Dear Troubled User :

Keep in mind, Boyfriend 5.0 is an entertainment package, while Husband 1.0 is an operating system.

Try to enter the command: C:/I THOUGHT YOU LOVED ME and install Tears 6.2. Husband 1.0 should then automatically run the applications: Guilty 3.0 and Flowers 7.0.

But remember, overuse can cause Husband 1.0 to default to GrumpySilence 2.5, Happyhour 7.0 or Beer 6.1. Beer 6.1 is a very bad program that will create "Snoring Loudly" wave files.

DO NOT install MotherInLaw 1.0 or reinstall another Boyfriend program. These are not supported applications and will crash Husband 1.0.

In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have limited memory and cannot learn new applications quickly.

Consider buying additional software to improve performance. I personally recommend HotFood 3.0, Lingerie 5.3 and Keep-a-nice-body 10.1.

Best of luck,
Tech Support
Image hosting by Photobucket


Tak tahaannnn.. memang gelak guling. Tenkiut kak n send mende ni. Memang menceriakan suasana lah! Yang lagi tak tahan, bila di forward pada orang lain, ada lak yang rerajin suggest application baru =)). Ada hati nak jadi tech. support team. Anyway, application yang di suggest tu menarik gak and will be consider :x


|

*fifa* writes @ *3:08 AM*

Wednesday, April 12, 2006

Entry terkini di fotopages...

My graduation day


Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket
Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket
Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket
Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket


People' photos collection during journey to few places in UK in accordance to parent's visit

Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket

Image hosting by Photobucket
Image hosting by Photobucket
Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket
Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket

To visit my fotopages, kena masukkan login and password which is supply upon request ;). Don't hesitate to request and I send it privately to you. ;)

|

*fifa* writes @ *11:58 AM*



Feb 28 . March 3 . March 26 . Apr 7 . Sept 1 . Aug 7 . Oct 11 . Oct 15 . Oct 20 . Oct 29 . Nov 6 . Nov 14 . Nov 17 . Nov 22 . Nov 25 . Nov 27 . Dec 3


: Once in A Blue Moon :
OST With Love
Layannn!

Ujian
270306

Di luar sana ada hujan
Yang turun perlahan
Sesekali deras tak mampu ditahan
Ada orang berjalan
Tenang...walau dalam hujan
Tiada bantahan
Tenang...masih berjalan
Dan aku...dalam pemerhatian..
Melihat orang berjalan
Di bawah hujan
Ada sesuatu bermain di fikiran
Aku cuba bayangkan
Hujan sebagai dugaan
Walau ia turun perlahan
Ia masih suatu ujian
Ia tetap suatu dugaan
Yang walau sekeras bantahan
Walau hebatnya penolakan
Hujan masih hujan
Aku cuba simpulkan
Ini semua kuasa tuhan
Aku sebagai insan
Tiada kuasa melawan
Harus bertahan dengan ujian
Tabah menempuh dugaan
Kental mengawal perasaan
Pohon kekuatan dari tuhan
Semoga dibekalkan
Ketenangan berpanjangan


Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
Shoutbox.us - Free Shoutbox!
Blog Trashed by Mandarin