*fifa*
writes @
*5:35 AM*
Monday, December 12, 2005
Apa buat kalau marah? Bijakkah kita kawal marah? Lately, aku selalu ada rasa nak marah. Rerasa aku, berjaya dikawal dengan baik. Hehehe... Aku jerit sekuat hati. Melalak habis-habisan. Tengok tv cite yg aku suka (tho it's a very limited one). Buat sesuatu yg aku suka buat. That is spontaneous efforts. Kalau tak berjaya jugak, sebagai Muslim, bila susah, tau la kita ke mana harus kita pergi.
Jelas sangat, marah ni tak elok. But, still susah nak elak. Elak mungkin susah sebab yang si pembuat masalah, pencetus perasaan marah selalu ada. huh...Tapi, di pihak kita yang rasa nak marah ni, kena bijak. Bijak kawal diri. Bak kata member aku, aku kena macho sokmoo heeee aku macho doh ni mung!
Jadi, sebaik-baik manusia ialah manusia yang mengawal perasaan marahnya dengan perasaan sabar. Sabar itu ada ganjarannya.
*fifa*
writes @
*8:00 AM*
Saturday, December 10, 2005
*fifa*
writes @
*9:25 AM*
Tuesday, December 06, 2005
By Nancy R. Fenn
Coach Ville Coach Training
Use some of those date-ahead greeting cards sites or your own eDaytimer to send yourself a greeting that will arrive sometime in the future after you've forgotten about it.
For example, "Nancy, you're doing a great job. People really appreciate the way you advocate for them as introverts and I want to pat you on the shoulder for that." Set the message to arrive next July 14th. Who knows when you'll need some words of encouragement? It's like money in the bank.
Buy yourself new desk items every now and then just for the heck of it.
Send yourself a phone message when you're out somewhere so you can hear it when you get back home.
Spontaneously email some friends with words of encouragement ... life's a mirror.
Change your screensaver frequently.
Get a REAL picture taken of yourself and use it on your website.
Shovel stuff out the door on trash day.
Switch to a different kind of ballpoint pen or go sharpen all your pencils.
Take good care of yourself. You're the biggest investment you have in your business!
*fifa*
writes @
*7:44 AM*
Thursday, December 01, 2005
KUALA LUMPUR 30 Nov. - Lebih 70 peratus daripada wanita profesional di negara ini memilih untuk tidak berkahwin berikutan dilema yang terpaksa dihadapi dalam membuat pilihan antara kerjaya dan keluarga.
Golongan ini melibatkan mereka yang berumur antara 30 hingga 40-an dan fenomena ini dianggap serius kerana boleh menjejaskan institusi kekeluargaan.
Pengarah Pusat Pembangunan Keluarga Universiti Malaya (UMCED), Prof. Dr. Abd. Rahim Abd. Rashid ketika mendedahkan statistik ini berkata:
"Mungkin perkara ini dianggap remeh oleh sesetengah wanita profesional kerana mereka mempunyai kedudukan kewangan yang teguh dan tidak perlu bergantung kepada kaum lelaki untuk masa depan yang cerah."
"Biarpun mereka gembira dengan kehidupan itu, namun kita harus ingat kegembiraan tidak akan kekal lama kerana fitrah manusia diciptakan berpasangan. " katanya.
Profesional ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai kepakaran, berstatus tinggi dan bekerja sebagai pembuat keputusan.
Beliau memberitahu Utusan Malaysia ketika ditemui selepas membentangkan kertas kerja bertajuk: 'Wanita Profesional Dalam Pengurusan' sempena Seminar Wanita Profesional di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaysia (UM), di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Abd. Rahim berkata, dalam menyelesaikan masalah ini, kerajaan perlu melihat bagaimana wanita profesional ini boleh dibantu tanpa menjejaskan status profesional mereka.
Beliau menambah, kekurangan golongan lelaki yang setaraf dengan wanita profesional dan sikap kaum Adam yang menimbulkan banyak kerenah dikesan antara punca wanita enggan berkahwin.
Selain itu, katanya, ada antara kaum lelaki yang cenderung memilih wanita yang mempunyai kedudukan lebih rendah berbanding mereka.
Ini kerana, katanya, akan memudahkan kaum lelaki mengawal kaum Hawa itu.
Sementara golongan lelaki profesional pula, kebiasaannya tidak suka memilih wanita profesional kerana mereka mempunyai persepsi yang tidak baik terhadap golongan berkenaan.
Wanita profesional pula, tambahnya tidak mempunyai pilihan kerana jumlah kaum lelaki yang terlibat dalam bidang profesional adalah kurang dan tidak seimbang. (cem tak setujuu jeee)
Ketika ditanya sama ada beliau bimbang sekiranya perkara yang didedahkan itu akan menimbulkan kemarahan wanita profesional, Abd. Rahim berkata:
"Perkara ini adalah satu realiti kerana ia menentukan hala tuju wanita profesional di negara ini."
Senyum sendiri bila baca artikel ni. Cem tau tau jeee. Lately isu ni timbul di kalangan pakcik makcik ku. Hehehe ku gelak jeee. Actually, kalau di pikir-pikir, most of my relatives kawin lambat, regardless of professional or not. Ada orang kata, yang kawin lambat nii sebab tak carik. Ada yang kata, memilih sangat. Tapi pada ai, usaha mencari tu kena ada. Tapi carikgalik yang melampaui batas pun tak guna kalau dah ditentukan Allah bukan jodoh kita. Bikin malu diri sendiri n pemili je. Besides, no point kawin awal kalau kedua-dua pihak tak bersedia fizikal, mental, jasmani n rohani to take responsibility. Apa sekalipun, musti doa pada Allah diketemukan jodoh yang baik...
*fifa*
writes @
*3:29 AM*
Feb 28 . March 3 . March 26 . Apr 7 . Sept 1 . Aug 7 . Oct 11 . Oct 15 . Oct 20 . Oct 29 . Nov 6 . Nov 14 . Nov 17 . Nov 22 . Nov 25 . Nov 27 . Dec 3
: Once in A Blue Moon :
OST With Love
Layannn!
Ujian
270306
Di luar sana ada hujan