Tima kasih kepada insan-insan yang bertanggungjawab menaikkan semangat dan motivasi aku! Aku musti bleh lakukan! huhuhu
|
*fifa*
writes @
*6:43 PM*
Thursday, August 11, 2005
Menarik!!!
Apa yang menarik tu? Berita dalam akhbar tempatan yang buat aku senyum, mengucap panjang dan juga terdetik untuk memberi komen aku.
BERITA HARIAN
11 Ogos 2005
Petikan kata-kata Tun Dr Mahathir mengulas isu SMS di kalangan pelajar kita
"Kerana Mawi (Asmawi Ani) hingga tidak belajar. Saya pun tertanya-tanya sama ada AF3 patut disambung kepada AF4. Kita tidak boleh berjaya sebab jari bergerak (menaip khidmat pesanan ringkas) sedangkan otak tidak bergerak... buat untungkan syarikat telekomunikasi," katanya di sini semalam...' read more
Prappp!! Nama Mawi jugak disebut. Mawi jugak kenaaa. Ntahnye budak-budak nii. Walaupun aku suka Mawi menang, aku lagi suka anak bangsa aku maju kerana ilmu. Jujurnya aku bersetuju jika tiada lagi AF4. Cukuplah dengan hanya AF3, masyarakat kita bertelagah tak sudah. Kalau lebih yang keruh dari jernih, elok dibuang terus supaya yang keruh tidak mengeruhkan yang jernih yang memang cuma ada sekelumit :D
Nauzubillah! takutnyaaa. Suku sakat Ayah Pin rupanya. Mintak jauh dari aku, keluarga, saudara mara, sahabat handai dan saudara seISLAM.
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan
'....Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhatar Abdullah, berkata tilawah bertemakan 'Islam Hadhari Menjana Kemajuan Ummah' akan diadakan di Dewan Sultan Mizan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem), di sini...' read more
Sayang aku tak berkesempatan menjadi penonton. Aku tak pernah pergi majlis tilawah kecuali masa sekolah dulu. Adik aku ada gak terlibat untuk majlis nii, tapi bukan bertilawah, bernasyid hemm bila la nak renti...
UTUSAN MALAYSIA
11 Ogos 2005
Jerebu
'....KUALA LUMPUR 10 Ogos - Semua sekolah-sekolah di ibu negara, sebahagian Selangor serta universiti di Shah Alam diarah tutup mulai esok apabila jerebu paling teruk - pernah tercatat - melanda kawasan itu hari ini...' read more
Aku betul-betul tak sangka betapa kritikal nya jerebu kat negara kita. Kenapa aku rasa gerun...?
(klik berita pertama, dari situ layarilah UtusanOnline)
Apa nak jadi ngan Ganu Kiterr? Dulu, waktu aku muda remaja, kurang sungguh kisah-kisah macam ni. Sekarang dah jadi sesuatu isu yang rutin lak. Cukuplah dulu seorang yang putus tunang menggantung diri. Eyy, ngeri! Dekat jeee kawasan tu ngan umah aku. Syukurlah, mamat terjun jambatan Sultan Mahmud itu berjaya diselamatkan. Jangan nanti ada yang cuba-cuba membuat aksi penerjunan di Bukit Besar lak! (Sekadar melawak k!). Kisah buli ni, aku rasa dah jadi macam ulangtayang filem Buli tapi kisah benar mesti lagi menakutkan kalau banding dalam filem tuuu. Haa bakar kereta ni lagi ga*as! Kalau sampah pun dilarang bakar kat tempat terbuka, apatah lagi kereta. Ish3. Dok pahang pahang!. Kalau nok jadi hero pung, blajo gok bior habih luu.. Nauzubillah! Mintak jauh dari aku, keluarga, saudara mara, sahabat handai dan saudara seISLAM dari terlibat dalam kes-kes di atas.
|
*fifa*
writes @
*12:58 AM*
Wednesday, August 10, 2005
Produk kacukan
WORTH ni slalu ada ide superimpose gambar. Ni aku dapat dari email. Dikacuknya animal n plant. Actually ada lagi 2 produk kacukan iaitu kacukan cobra n pisang juga, kacukan albino phyton n lemon. Memang real, tapi demi menjaga sensitiviti sesetengah pihak, gambo itu tidak diluluskan untuk di publish di blog ini. ;) kang tak pepasal ade owang tu tak singgah sini lagi hee heee
Nama rekaan : rentak
Nama rekaan : bingbis
Nama rekaan : kuswi
(aku paling geli yang niii. sib bek memang tak makan kiwi)
|
*fifa*
writes @
*3:09 PM*
Sunday, August 07, 2005
It's Over!!
Akhirnya tamat sudah satu episod yang bermain dengan emosi, kontroversi dan spekulasi. At the end, sapa yang menang? Broadcaster dan pelajar AF3 - itu sudah pasti. Tapi pengundi menang juga, menang kepuasan - bagi yang dapat lihat calon peberetnya menanglah dan yang tak menang, what to do? kita anggaplah takat tu je kita mampu untuk mengundi sms or mengundi air liur.
Apa sekalipun, aku terdetik bila mana ada yang kata, 'pasal la korang abih duit mengAFundi dan AF bla bla... kan ke baik sms tuk Bersamamu'. Aku setuju. Tapikan soal derma, sedekah bersedekah nii, sendiri mau ingatlah. Ini adalah amalan, makna kata kalau nampak pengemis di pasar malam (cth : depan umah aku), pasar payang (sekadar contoh), tabung masjid waima (tatau spelling tp umi suka sebut) sesape orang susah yang kite kenal sekalipun, ia dah menjadi satu kewajipan untuk bersedekah. Sedikit derma pun takpe tapi selalu menderma. Imbuhan di sana sangatlah besar. You don't have to wait for the TV programme like Bersamamu to bersedekah. Paham2 la ek. Jadi, jangan pertikaikan bila ada yang dengan rela hati mengSMS, menekan butang R dan mendail talian tetap untuk mengundi yang peberet mereka. Biarkan mereka. Kita? buatlah tak tahu. a haa tak tahu...apa kau dah buat pada ku? - apa AF dah buat pada smuaa orang?
Apa sekalipun, sepanjang aku di sini, AF banyak mengisi ruang keboringan aku. I guess, it's the same for most of us. Impak AF ni besar. Dulu kan, masa SeeT menang Bintang HMI, apa kritikan aku?. 'Sedap aah budak ni nyanyi, mesti menang nih'. Same ah pendapat ngan umi. Tak timbul lak 'Tone die best aa', 'Pitching...ntah ke mana mana', 'You tak movee!!', 'You have to improve on your diction, bla bla authenticity of BM', 'Eleh! lagu genre tu dia minat, forte dia'- Sekadar menyebut beberapa kritikan teknikal dari pengkritik professional dan kritikan penonton. Pada aku, that is knowledge. Memang kita dituntut menuntut ilmu kan?. Kita gi sekolah, masuk U dengan niat menuntut ilmu. Tapi ilmu yang tak dituntut ni, kalau orang dah beri, amik je laa. Bila ingat balik, mau tersenyum sendiri. But that is AF.
Kekadang bosan jugak dengan pertandingan nyanyian ni. Ya ya tau tau, orang kita semua bleh nyanyi. Budak kecik sekalipun :D. Since aku suka tgk rancangan hiburan, layannn!! Tapiiii, persoalannya apa nasib produk pertandingan ini? Biar, biarlah ahli fikir industri hiburan fikir. Broadcaster kita bleh gak fikir reality tv show lain yang berguna. For instance, kat UK ni, ada ladette (anak gadis diasuh jadi gadis ayu - blajo masak, aspek pertuturan, perilaku dsbg). Sini pun ada rancangan utk asuh anak yang terlampau manja, budak2 nakal, menguruskan badan dan macam-macam laa. Tapi, sensitiviti individu, agama dan bangsa kena jaga. Apepun, yang menjadi fokus aku sekarang, produk AF3 - Mawi. Tak tahu la apa jadi lepas ni. Semoga bijak mengatur perjalanan seni (jangan jadi pak angguk je), akhlak (who am I to say about this) and kewangan (the most important one!). Harap Mawi will always be Mawi.
Haa, yang mengundi Mawi, tahniah! Nampaknya usaha anda dari awal sampai akhir untuk dapatkan kereta dan rumah untuk Mawi dah berhasil. Lepas ni, jangan lupa sokong beliau walau dalam apa keadaan sekalipun. Actually, peminat ada hak bersuara dalam kerjaya seni seseorang artis dengan syarat artis itu sendiri tidak lupakan peminatnya. Mau contoh kah?. Aku biasa guna contoh sama. Nanti kata lak - fanatiklah tu! So paham-paham la ya!. Ape sekalipun, fans Mawi terutamanya MawiFC, yang bakal menjadi kelompok terr-rapat dengan Mawi after his family and ASTRO, you guys have to prove to everyone that Mawi is the true reality star! Gunakan discussion board tu untuk memberi buah fikiran berguna untuk Mawi. Aspek persembahan ke, nyanyian ke, tak kisahlah asalkan sesuatu yang membangunkan Mawi. Mawi pun kenala singgah sana (MawiFC), baca feedback peminat on your performance, filter la apa yang sesuai dan tak sesuai untuk diri anda and beri respon.
Selingan : Kata-kata yang terhasil dari fenomena AF3 di sini (dari pelbagai sumber)
'Saya kan, kalau dapat husband cem Mawi orite ah! Bleh bimbing saya, bleh gak nyanyi untuk saya'
'I don't know why you people like him (Mawi)'
'Kita suka lelaki ada sideburn, orang kampung, orang Johor bla bla bla'
'Saya rasa the only reason Mawi mention dia tu Qari or Johan Tilawah Al-Quran sebab may be that was his best achievement in his life. Ye la..every contestant kena mention kan, orang lain kata, saya juara karaoke, juara suara beras jati and bla..blaa'
'Mawi mengingatkan saya padaaa......'
'Pasal lagu GUR tuuu Mawi je banyak nyanyi? Ngape tak kasik Felix kee..'
'Saya biasa je, tak lah suka dan tak pulak benci Amylea tuu'
'Suke laa Felix dgn Akma'
'Getek-getek pun aku sukaaa'
'Bila laa sipolan ni nak kluarrr! Benci ah!'
'Kita tak suka ah Akma, dia buat Amylea camtuh!'
Sebagai penutup kata, tahniah sekali lagi untuk finalis AF3 and smua 10 pelajar lain. Teruskan usaha kalian!. To Mawi, selamat mewarnai industri hiburan tanahair DAN selamat menghiasi kategori terbaik dalam sebarang anugerah hiburan di Malaysia dan sekaligus memenanginya and sustain!. Well, you have to work hard for it or else harapan akan hanya tinggal harapan. Namun, nak menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang bukan mudah. It's OK Mawi, Mawi go slow hihihhi sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Ciao!
* Happy birthday to my sister. Good luck with your study. To KakLong, mmboii! suke laa tu jumpa Kaer huhuhu
|
*fifa*
writes @
*9:34 PM*
Dates to Remember
Feb 28 . March 3 . March 26 . Apr 7 . Sept 1 . Aug 7 . Oct 11 . Oct 15 . Oct 20 . Oct 29 . Nov 6 . Nov 14 . Nov 17 . Nov 22 . Nov 25 . Nov 27 . Dec 3
D-music
: Once in A Blue Moon :
OST With Love
Layannn!
D-piece of art
Ujian
270306
Di luar sana ada hujan
Yang turun perlahan
Sesekali deras tak mampu ditahan
Ada orang berjalan
Tenang...walau dalam hujan
Tiada bantahan
Tenang...masih berjalan
Dan aku...dalam pemerhatian..
Melihat orang berjalan
Di bawah hujan
Ada sesuatu bermain di fikiran
Aku cuba bayangkan
Hujan sebagai dugaan
Walau ia turun perlahan
Ia masih suatu ujian
Ia tetap suatu dugaan
Yang walau sekeras bantahan
Walau hebatnya penolakan
Hujan masih hujan
Aku cuba simpulkan
Ini semua kuasa tuhan
Aku sebagai insan
Tiada kuasa melawan
Harus bertahan dengan ujian
Tabah menempuh dugaan
Kental mengawal perasaan
Pohon kekuatan dari tuhan
Semoga dibekalkan
Ketenangan berpanjangan