Afifah
My
Bloginality is INFJ!!!
Kuala Terengganu

LIKES

Badminton . Chocolates . Chess . Chilli . Ciku . CT . CRV . Dried flowers . Green . Milo . NESLO . Orchid . Poem . Postcard . Soup . Stamp . Taking pictures . Tomyam . Writing

DISLIKES

Bodek . Busy Body . Cigar . Copycat . Liar . Mata Kucing

my blog private photos public photos duadunia rauhunt my twin rafreen crayon hakim nasrul ahli mata jazz tok yan kak wan kak ina intizhar ctzone ctonline svoa creative zone sesumpah store jaki online jiwang.org UniS Emedia


Tuesday, June 28, 2005

Bangor, Wales
25 Jun 2005



Kami bertolak around 0430 n tiba di Surrey at about the same time on the following day. Kami berkereta sewa dengan muatan 14 orang.

Enjoy! Satu perkataan ni dah cukup. Bila aku enjoy, keinginan untuk bergambar pun datang, sayang kayu memori tak mampu merakam foto semaksima mungkin ;), keinginan utk berkomunikasi dgn org pun meninggi hihi. Trip kami ni (ngikut kata organiser) bertujuan utk mengukuhkan ukhuwah antara komuniti Melayu Surrey dgn Melayu Bangor sesambil jejalan. Alhamdulillah, memang ada jalinan mesra antara kami. They were soooo nice! Aktiviti kami di sana...kutip *repah (mussel), meronda sekitar Bangor, BBQ n crabing instead of fishing ;)) Selain dari xtvt tetap tu, aku ingat nak la jumpa sorang kawan tapi tak kesampaian, takpela jumpa di Malaysia la nanti :D

Ni laa dia aktiviti kami di sana



Image hosted by Photobucket.com
Mengutip repah

This is our first destination of the day. Ke pinggiran pantai untuk mengutip repah. Sronok la jugak tapi since aku cam gerun sket dgn selut (yg bakal menghitamkan kasut aku), aktiviti ni aku 'layan' biasa-biasa je hihi. Org kata stakat nak amik gambo je la. Anyway, in my opinion, kutip remis or etok pun sronok jugak n even lagi senang bcoz mereka tak attach pada batu or mende lain nih ;))



Image hosted by Photobucket.com
Sight seeing

Jalan-jalan sekitar pantai yg berdekatan dgn castle. Feeling nye same jee macam melawat castle lain. Tapi, kata tourist guide kami, kat sinilah Prince Charles ditabalkan jadi Prince of Wales. So apa lagi...amik gamboo semuaaa! ;) Gambo sight seeing lain, sila lawati fotopages ambe..



Image hosted by Photobucket.com
BBQ

Lokasi BBQ kami ni di sebuah tasik. Maaf aku lupa lak nak nanye nama tasik ni. Kat sinilaa bermulanya episod berkenal-kenalan. Satu perkara yg menarik di UK ni ialah, kebanyakkan masyarakat Melayu jadi cepat mesra antara satu sama lain maka bertukar-tukarlah YM id n no phone. ;) Namun, ada jugak yg amik syarat skadar berkenalan, ye laa bleh la berkunjung ke tempat yg belum penah dijejaki n apa yg berlaku lepas tu wallahua'alam. Bak kata kak N, menumpang kasih. Back to BBQ. Smua sibuk makan, children ngan xtvt bermandi manda...tak kurang juga xtvt memerhati orang hik!



Image hosted by Photobucket.com
Snowdonia

Snowdonia!! What an impressive gift from god! Pemandangan yg teramat indah! Jalanraya dikelilingi bukit berbatu yang bersetentang dgn tasik dengan bukit berbatu (Tgk gambo la senang, cam tak menarik jee description akuss). Yang aku seronok tgk ialah sheeps yang dari jauh kelihatan berada di kaki bukit mahupun atas bukit. Bimbang aku tgk, tak jatuh ke bebiri tu?



Image hosted by Photobucket.com
LLANFAIRPWLLGWYNGYLLGOGERYUHWYRNDROBWLLLLANTYSILIOGOGOGOCH
Maksudnya : The Church of Mary in the Hollow of the White Hazel near the fierce Whirpool and the Church of Tysilio by the Red Cave

Inilah dia nama tempat yg teramatlah panjang dalam bahasa Welsh (bahasa orang Wales). If I not mistaken, ni termasuk dlm Guinness Book. Aku cuba gak aaa sebut tapi takat 'gogogogoch' tu jee la hihihi


Image hosted by Photobucket.com
Crabing

Ni satu lagi xtvt peberet akuss! Aku, kalo seafood ni, kat ganung dulu..tangkap je kat meja pokcik jual ikang tepi pantai tuh hihi tapi experience tangkap ketam ni akan aku ingat smpai bila-bila (Insyallah) sebab skrang aku dapat rasa excitement yang kaki pancing rasa ;)) ore katoo ralittt! Sib baik aura aku menarik ari tu, hihi dapatlah tarik ketam dengan jayanyaaa ;)) by d way, cara tangkap ketam ni senang je. What u need is just the net (net yg balut bawang/fruits), stone, tali and meat (segala meat diterima ketam di sini. harap maklum! hihi). Masukkan stone, meat on top of the stone ke dalam net..pastuh ikat ngan tali n tali tu biar panjang sket ala2 selesa utk pegang. Then, masukkan ke dalam air. Tunggula...rasa-rasa macam umpan dah mengena, angkat...sekian laporan Kaki Joran hee heee


Selesai sudah laporan kembaraku ke Bangor. Kalo diizinkan Allah, bleh pegi lagi...

* repah : 1st time aku dengar istilah repah niii...asal dari negeri mana perkataan ni?

More photos... Cem biasa, visit my fotopages kay!

|

*fifa* writes @ *7:50 PM*

Thursday, June 23, 2005

IT Jokes
Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com


|

*fifa* writes @ *2:34 AM*

Tuesday, June 07, 2005

Fanta-sia-land

AF dah bermula. Lain lak rasa nuntun bideo kelip jee hihi but anyway thanks mahathir yg rajing sungguh mencarik galik...

Hemmm AF3 oh AF3...apa tarikannye kali ini? seghiusnyee me x la minat sgt nak nuntun AF3 ni (lainlah kalo astro ada kat sini), ye la x rajing sgt donlod mendonlod excl. lagu2 tetentu n artis tetentu...tp AF3 tiba2 jd mnarik bilaa...

Mawi x terpilih berbaris dlm 12 pelajar AF

Aku tertanya2...sapekah Mawi?? siap ada F.C g2! hebat...okla dek kerana nak tau, aku msk aa official site AF, kenal rupa lu baru kenal suara keh keh keh

Then, ku call Malaysia laa...nanye koresponden (keje ngadap astroo jee sokmo)...cite nye cite, rupanya deme kat umoh x puas ati jugok Mawi x masuk...

sedap ngah die nyanyii intifada haa kngah kena dengo....(adik aku nye ayat)

Well, word of mouth works well with me...donlod2 dgr intifada Mawi (n pelajar lelain)...mmg *mantap aa Mawi nyanyi...aku cem kureng puas dgr sore je, cannot see him in action...tapi aku sabo (bawak2 bertenang) AF AF jugok, keje arian musti diteruskan.

Sampaila bila baca Mawi masuk balik AF @ blog SM, terus je carik n dpt la nengot Mawi ;)) (bleh tahan gak fenomena Mawi kat sinih kekeke ye tak kawang2! kwang3!)

Hemmm, kalo dibandingkan Mawi dgn pelajar lelaki 6 org yg dah duduk ataih bangku AF tu, maafkan saya, salah seorang yg patut duduk disitu adalah Mawi. Dannn...yg x sfatutnye duk situ may be err mana2 lah pelajar lelaki yg sntiasa berlebihan (oover) ;)) atau macho tak bertempat #-o. Ini apa yg ku rasa selepas konsert pertama. Tapi, pihak AKADEMI (huh!) ada agenda n percaturan tersendiri (aku lak, duk diamm2 hihi). Satu yg pasti, bila Mawi masuk, Money masuk jugeeee kecengg! kecenggg! he heee

To be honest, aku tak terkezut pung dgn kezutan AFmasuk tuu....tapi kalo diberi pilihan, bukan Marsha pilihanku utk masuk ke fantasia land. Tak nampak kesungguhannya waktu nyanyi AYT (Sowi!). May be Shiha or Diana or may be Haider or Isa (er err bleh ke + lagi sowang student lelaki he hee suke ati akus jess!)...

Apepun yg dah masuk, masuklaaa...yang akan keluar tetap akan keluar next week. Cuma bezanya yg kekal slalunya yang jaga personaliti, jaga perilaku n jaga suara. (Tak kuasa nengot yg terge*ik). Jangan rasa selesa sokmo. Apepun kuasa mutlak di jari jemari memasing! (me?...x terlibattt :D)

Sonot lak bila baca sorotan DiariAF, ada yg terkedu dgn kemasukan Mawi hik! Rilek semuaa kalo dah join prog. realiti AF, itu la terma n kondisi yg harus diterima....kezutan demi kezutan hee hee heee

Semoga berjaya semua!

Pilihan saya (setakat ini)

1. Mawi
2. Felix
3. Idayu
4. Yazer
5. Ekin
6. Akma (bile la dak ni nak renti msk contest nyanyi, u really look familiar to me u knoww!)
7-14. selain dari 6 di atas

*mantap (pada aku) = tiada sumbang, tiada semput, tiada kalut, lantang, bertenaga dan bersahaja tetapi ada rasa (feel)

|

*fifa* writes @ *2:20 AM*

Thursday, June 02, 2005

Leather

Image hosted by Photobucket.com

Dari dedulu aku suka ngan barangan kulit. Being in UK, surrounded by lots of leather stuffs, cabarannya teramatlah hebat. Dalam keasyikan membelek leather wallets, handbags, shoes and jackets kekadang aku terlufer KULIT BABI. Seswatu yg musti dielakkan...

Selalu dengar orang kata, kulit babi ada tiga titik rapat-rapat. Aku perhati tapi kekadang it's difficult for me to confirm that. Pernah tertengok dlm paper dulu pegawai JAKIM guna magnifier untuk check barangan kulit...I should get one magnifier i guess

Anyway, ni ada few gambo yg aku terjumpa waktu carik galik....harap dapat bantu aku n kawan-kawan to differentiate kulit babi n kulit2 lain...

Just click on d link to see d photos.


Photos from Cenderawasih.blogspot.com. Read more about kulit babi at Cenderawasih

|

*fifa* writes @ *5:07 PM*



Feb 28 . March 3 . March 26 . Apr 7 . Sept 1 . Aug 7 . Oct 11 . Oct 15 . Oct 20 . Oct 29 . Nov 6 . Nov 14 . Nov 17 . Nov 22 . Nov 25 . Nov 27 . Dec 3


: Once in A Blue Moon :
OST With Love
Layannn!

Ujian
270306

Di luar sana ada hujan
Yang turun perlahan
Sesekali deras tak mampu ditahan
Ada orang berjalan
Tenang...walau dalam hujan
Tiada bantahan
Tenang...masih berjalan
Dan aku...dalam pemerhatian..
Melihat orang berjalan
Di bawah hujan
Ada sesuatu bermain di fikiran
Aku cuba bayangkan
Hujan sebagai dugaan
Walau ia turun perlahan
Ia masih suatu ujian
Ia tetap suatu dugaan
Yang walau sekeras bantahan
Walau hebatnya penolakan
Hujan masih hujan
Aku cuba simpulkan
Ini semua kuasa tuhan
Aku sebagai insan
Tiada kuasa melawan
Harus bertahan dengan ujian
Tabah menempuh dugaan
Kental mengawal perasaan
Pohon kekuatan dari tuhan
Semoga dibekalkan
Ketenangan berpanjangan


Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
Shoutbox.us - Free Shoutbox!
Blog Trashed by Mandarin