Aku tak ingat. 20 tahun dulu mungkin aku pernah lihat atau dengar kata-kata ni. Mungkin di sekolah, mungkin jugak di paper, mags atau mana-mana bahan bacaan. Tapi yang jelasnya 10 tahun dulu, bila dia muncul, dia mempertahankan prinsip ni. makin kerap aku nampak dalam bahan bacaan aku. Aku pun ada some sort of motto hidup tapi mungkin kurang sebati dgn aku (I wish I can explain dis). Selalu sangat emosi mengawal rasionaliti tapi nasib baik ada beberapa orang di sekeliling aku yang sentiasa meng'cool'kan aku terutamanya umi.
Berbalik pada tak hidup dek puji tak mati dek keji...kata-kata nii membawa satu maksud jee...
walo aku berada di atas, di bawah, turun naik nye hidup aku, aku tetap di sini, menangkis tohmahan dgn semangat juang yg luar biasa, melawan segala rintangan dgn gagah, masih menunduk walau ditatang, dijulang, teguh mempertahankan prinsip hidup yg dipegang sekian lamaa..
Ada sebab ngape aku rasa nak menuleh ttg tak hidup dek puji, tak mati dek keji ni. waktu aku semacam dilanda down sindrom dek kerana sentiasa menjadi mangsa...ada beberapa sahabat aku kata...saboo saboo...tak hidup dek puji, tak mati dek keji terima kasih teman! Sejuukkk hati aku..
Terlalu banyak kisah hidup manusia yang aku dengar yg berkisarkan perit jerit kehidupan yang secara langsung berkait dengan tak hidup dek puji, tak mati dek keji...
Aku amik contoh Nabi Muhammad s.a.w. Mungkin masa zaman nabi, quotes arab lain dari quotes melayu kita tapi begitulah sikap dan perwatakan Nabi. Kalo dilihat sirah Nabi, dgn segala macam rintangan yg baginda tempuhi, baginda tetap terus memperjuangkan Islam and yet baginda berjaya meluaskan empayar Islam. Pun begitu, baginda juga tidak berhidung tinggi walo dipuji...Bukankah ini satu yg luarbiasa? Kagumm aku kagummm.
Contoh kedua, umi. Walo umi tak penah mention, anak-anak, my prinsip hidup is tak hidup dek puji, tak mati dek keji aku yakin, ini memang prinsip hidup umi. aku nampak perjuangan hidup umi mengharungi hidup. Berhadapan dgn manusia yang suka mengeji, sentiasa tak berpuas hati, suka mencarik kelemahan org, suka underrate org (ni yg paling hampeh!). tapi masih bertahan. tahap ketabahan umi mmg luarbiasa..memang tak sama langsung dgn aku....hihihik
Contoh last sekali...aku namakan dia. 10 tahun dia memperjuangkan cinta. Arghh! pedulikkanlahh apa cinta yang dia perjuangkan. Yang penting hati mesti baikkk!. Berpegang pada prinsip tak hidup dek puji, tak mati dek keji...dia terus bertahan. Aku kagum! Orang seperti dia mampu menjadi begitu cemerlang, gemilang dan terbilang. Makin dikeji makin poket berisi..murah rezeki. Makin dibenci makin ramai yang menyayangi. Makin dipuji makin berhati-hati, berani dan memperbaiki diri. I wish I could be like dia...tabah dan cekal...
Aku cukup kagum dengan Nabi Muhammad s.aw., umi and dia. Aku nak cuba tanam prinsip tak hidup dek puji, tak mati dek keji dalam diri aku. Seperti umi selalu kata sejak aku skoloh taski lagi (hik!)...kalo org mengata, cakap je Alhamdulillahhhh, terima kasih!...hemm aku je degil, nak jugak melawan org hihihihihihi...aku cuba...aku yakin aku boleh baiki diri aku...tak hidup dek puji, tak mati dek keji...sahabat aku yg sentiasa bersama aku di kala panas terit, hujan badai...meh kita sesame semai prinsip ni ya...
|
*fifa*
writes @
*3:44 PM*
Dates to Remember
Feb 28 . March 3 . March 26 . Apr 7 . Sept 1 . Aug 7 . Oct 11 . Oct 15 . Oct 20 . Oct 29 . Nov 6 . Nov 14 . Nov 17 . Nov 22 . Nov 25 . Nov 27 . Dec 3
D-music
: Once in A Blue Moon :
OST With Love
Layannn!
D-piece of art
Ujian
270306
Di luar sana ada hujan
Yang turun perlahan
Sesekali deras tak mampu ditahan
Ada orang berjalan
Tenang...walau dalam hujan
Tiada bantahan
Tenang...masih berjalan
Dan aku...dalam pemerhatian..
Melihat orang berjalan
Di bawah hujan
Ada sesuatu bermain di fikiran
Aku cuba bayangkan
Hujan sebagai dugaan
Walau ia turun perlahan
Ia masih suatu ujian
Ia tetap suatu dugaan
Yang walau sekeras bantahan
Walau hebatnya penolakan
Hujan masih hujan
Aku cuba simpulkan
Ini semua kuasa tuhan
Aku sebagai insan
Tiada kuasa melawan
Harus bertahan dengan ujian
Tabah menempuh dugaan
Kental mengawal perasaan
Pohon kekuatan dari tuhan
Semoga dibekalkan
Ketenangan berpanjangan