Afifah
My
Bloginality is INFJ!!!
Kuala Terengganu

LIKES

Badminton . Chocolates . Chess . Chilli . Ciku . CT . CRV . Dried flowers . Green . Milo . NESLO . Orchid . Poem . Postcard . Soup . Stamp . Taking pictures . Tomyam . Writing

DISLIKES

Bodek . Busy Body . Cigar . Copycat . Liar . Mata Kucing

my blog private photos public photos duadunia rauhunt my twin rafreen crayon hakim nasrul ahli mata jazz tok yan kak wan kak ina intizhar ctzone ctonline svoa creative zone sesumpah store jaki online jiwang.org UniS Emedia


Thursday, February 22, 2007

Melayu itu bangsa, Islam itu agama

Oleh: DR. SIDEK BABA
Taken from Utusan Online

Artikel ni menarik since dah banyak sangat orang keliru dengan bangsa dan agama. Saja di paste di blog because next time, bleh baca lagi... ;)

Remaja Melayu harus dapat membezakan tentang Melayu itu adalah suatu bangsa dan Islam itu adalah suatu agama. Seperti juga suatu ketika dulu Melayu adalah suatu bangsa dan Buddha dan Hindu adalah agamanya. Proses dakwah dan sejarah telah menjadikan bangsa Melayu beragama Islam.

Allah menyebutkan di dalam al-Quran bahawa bangsa-bangsa itu adalah diciptakan. Mesti ada sebab atau hikmah mengapa bangsa-bangsa itu diciptakan. Paling tidak di dalam al-Quran menyebutkan supaya berlaku proses litaarrafu atau berkenalan dalam erti kata yang luas.

Berkenalan boleh membawa kepada perkongsian hal-hal yang memberi manfaat. Ia juga boleh membawa kerjasama dan toleransi. Selain itu, juga boleh memberikan jalan terhadap perkongsian nilai-nilai bersama yang memberi faedah bersama.

Kewujudan suatu bangsa adalah suatu takdir. Apa yang menjadi asas bangunnya sesuatu bangsa berkait rapat dengan agama. Melayu sebagai suatu bangsa apabila ditindikkan dengan Islam, ia membawa konotasi atau maksud ummah. Islam membentuk pandangan alam atau tasawwur orang-orang Melayu.

Islam membentuk jalur berfikir dan bertindak orang-orang Melayu. Sekiranya bangsa Melayu menjadikan Islam sebagai cara hidup, ia bermakna Islam mendasari kehidupan orang Melayu.Sebaliknya, sekiranya orang-orang Melayu menjadikan Islam tidak lebih sebagai pengenalan atau identifikasi agama, maka tidak banyak jalur hidupnya dipengaruhi oleh agama ini. Bangsa ini bakal terdedah untuk menganut apa saja fahaman baik Barat dan Timur dan tidak menjadikan Islam sebagai dasar hidupnya.

Ia tidak bermakna bahawa menjadi Islam, aspek-aspek budaya yang positif yang ada pada bangsa Melayu harus ditolak. Islam memberikan asas prinsip dan budaya Melayu melakukan adaptasi kepada prinsip tersebut.

Contohnya Islam memberi asas kepada prinsip berpakaian dan menutup aurat. Dengan menggunakan baju Melayu atau baju kurung yang bertudung, prinsip itu dapat dipatuhi walaupun berasaskan budaya Melayu.

Gotong-royong adalah amalan orang Melayu turun-temurun. Amalan ini selari dengan prinsip jemaah yang dianjurkan oleh Islam. Apabila semangat gotong-royong berkembang dalam orang Melayu, ia menggalakkan prinsip kerjasama dan muafakat. Ia selari dengan prinsip jemaah yang dianjurkan oleh Islam.

Apabila Islam menjadi anutan bangsa Melayu, konsep ummah menjadi dasar kepada budaya hidup orang- orang Melayu. Faktor akidah yang menjadi faktor penyatuan bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain yang beragama Islam menjadikan konsep ummah sebagai ikatan yang menghubungkan manusia sesama manusia.

Kelainan dan perbezaan yang ada dari segi taraf dan status bukanlah isu. Ini kerana Islam memberikan prinsip asas bahawa yang terbaik dalam kalangan bangsa-bangsa atau individu ialah umat yang bertakwa. Prinsip takwa tidak saja menghubungkan manusia atau bangsa-bangsa dengan Penciptanya tetapi menghubungkan manusia sesama manusia dalam erti kata yang luas.

Bagi menjadikan bangsa Melayu sebahagian dari ummah yang kuat, penguasaan ilmu pengetahuan menjadi syarat penting. Dalam masa yang sama bangsa Melayu harus menjadi bangsa contoh dalam memberikan khidmat dan amanah, keadilan dalam layanan, akhlak yang terpuji supaya kualiti bangsa itu tegak atas prinsip-prinsip murni yang dianjurkan oleh Islam.

Kalau bangsa Melayu tidak menjadikan Islam sebagai dasar hidup, orang-orang Melayu akan cenderung bersifat perkauman. Pertimbangan dalam tindakan lebih banyak tertumpu kepada pertimbangan bangsa atau kaum tidak pertimbangan agama. Sekiranya perkara seperti ini terjadi kejelasan orang-orang Melayu dengan imej Islamnya akan tercalar.

Remaja Melayu dalam memahami makna bangsa dan agama harus jelas. Memang benar Melayu ialah suatu bangsa. Suatu bangsa itu memerlukan pedoman, sistem nilai, asas tamadun, tradisi dan budaya supaya bangsa itu menjadi hebat dan alamiah atau global sifatnya. Islam adalah agama tamadun dan pernah memimpin pemikiran manusia lebih 700 tahun.

Menghubungkan faktor Melayu dengan faktor Islam menjadikan bangsa Melayu sebahagian dari ummah dalam erti kata yang luas.

Remaja Melayu harus mampu mengisi proses pembinaan diri dengan menjadikan Islam sebagai asas dan prinsip. Dalam bidang ilmu pengetahuan, Islam menganjurkan orang lelaki dan perempuan wajib menuntut ilmu. Pendidikan dalam tradisi Islam adalah pendidikan sepanjang hayat.

Ilmu-ilmu yang dipelajari tidak saja dari tradisi dan tamadun Islam sendiri tetapi diharuskan untuk mempelajari sumber-sumber ilmu dari tamadun lain selagi ia memberi manfaat.

Remaja Melayu harus memiliki sistem nilai yang tinggi supaya asas membezakan baik dan buruk akan sesuatu diambil dari pertimbangan Islam. Kalaulah pertimbangan bangsa dan individu yang dijadikan sandaran ia mungkin cenderung menyuburkan faham individu, perkauman atau nafsu-nafsi.

Remaja Melayu dalam menghadapi kerenah zaman harus memahami terlebih dahulu kekuatan yang pernah ada dalam tamadun Melayu yang berasaskan Islam atau tamadun umat yang berkembang di bawah keunggulan peribadi dan ilmu Islam. Menguasai aspek-aspek ini boleh menyumbang ke arah memperkasakan remaja dengan faktor-faktor berbanding yang tinggi dan boleh memandu remaja ke arah membuat pilihan yang betul dan tepat dalam proses untuk maju dan membangun.

Justeru itu cabaran utama bangsa Melayu kini ialah cabaran kepimpinan dan kepengikutan, cabaran keilmuan dan penguasaan teknologi, cabaran ekonomi dan juga pengurusan, cabaran strategik dan mengurus krisis dan cabaran menjadi bangsa penyumbang yang bermakna.

Ia mengundang remaja Melayu supaya memiliki fokus dalam hidup. Ramai remaja Melayu kini sudah hilang fokus dalam menempuh jalur kehidupan. Kemakmuran kebendaan yang ada disalahgunakan untuk terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang merosakkan. Hilangnya fokus ini menyebabkan sebahagian remaja Melayu tidak menjadi aset kepada negara tetapi menjadi beban jangka panjang yang merumitkan.

Di samping fokus, remaja Melayu harus memiliki usaha yang berterusan. Banyak elemen malas, membuang masa, berlagak, melanggar peraturan dan undang-undang, gaya hidup bermewah-mewah, menjadi ‘pak turut’ terhadap sesuatu yang negatif, suka bercinta secara nafsu nafsi. Malah ramai yang sudah hilang pertimbangan agama dengan menjadi murtad. Tidak tahu dosa pahala dalam amalan dan perlakuan. Akibatnya isu remaja Melayu sering menjadi polemik semasa dan perkembangan yang ada semakin membimbangkan.

Akar kepada masalah ini ialah remaja Melayu mengalami ketirisan akidah dan iman. Darinya timbul masalah akhlak yang semakin subur. Jalan keluarnya perlu diperkasakan mereka dengan fahaman agama yang berasaskan ilmu dan tamadun.

Pendidikan dalam keluarga , institusi pengajian dan pendidikan, masyarakat harus dibentuk ke arah saling menyumbang bagi memperkasa remaja Melayu dengan kekuatan agama dan pemahaman terhadap kepentingan adab dan peradaban.

|

*fifa* writes @ *8:48 AM*

Wednesday, November 22, 2006

No pain No gain!

Huh! Rasa macam nak terbang bila satu tugas berat selesai. Ditambah dengan batuk dan sakit kepala few days before the presentation. Aduihlaaa, dugaannn!

Kalau ikutkan, this is not the first presentation I had in my life. Tapi, kali ni the tenseness and nervousness are massive! Satu sebabnye, I know who my audience are. Semua cendekiawan (ouch bahasaaa!) bidang hospitaliti, baik Prof., Dr-dr, kawan-kawan seperjuangan, yg tua, muda, semuaaa adaaa. Selain gerun dgn audience, bimbang kalau tiba2 in the middle of the presentation ku kelu ngeheheh, kehilangan kata2 sebab lemah berbahasa Inggeris ngehehe.

Rasanya kan, pengalaman present depan kelas tahun lepas tak membantu langsung hehehe. Kalau dah memang ada penyakit gemuruh, memang gitu la. Cuma selawat dan doa je yang Alhamdulillah, membantu. Thanks kak t ajor cara mujarab hilangkan rasa gemuruh dan jugak taught me this - kalau salah takpe, kita kan student! Abah pun advise mende yg sama. Alhamdulillah, menjadi! Bleh rasalah bezanya dari dulu, kali ni ku dapat kawal rasa gemuruh. Ku berdiri, tengok sekeliling, senyum and mula presentation. Bila dah mula, terus fokus pada slideshow. I have to admit that pertama kali dalam sejarah ku practice sungguh2. Siapkan skrip, rehearse berulang kali sampai sendiri rasa saturated. Alhamdulillah berjaya! hehehe berjaya menyampaikan apa yg nak disampaikan tapi tak mengikut skrip asal hahaha.

The good thing about today' presentation is that I got huge number of feedbacks from the audience. Arguments on my research - bleh tahannn banyak sampaikan presentationku jadi macam sesi debate sesama audience hehe (Cheq senyap jeee sambil senyum dan mengangguk2 hahaah). Anyway, suka dengan environment macam ni. Argument sangat ikhlas and polite, in a very professional way and arguments supplies with solution. Sorry to say that, waktu study dulu-dulu...waktu presentation slalu ada lecturer yg menghentam student like _______(fill in the blank) ngehehe. Tataula kalo different culture has different approach to deal with different attitude of student. Wallahua'alam!

Selain dapat kritikan membina, ada jugak yang nak menghulurkan bantuan kepada kami (yg sorang dirii kat rantau org nii hahaha). Syukur!! dengan presentation tadi, ada lecturer yg baik hati meng'offerkan reading materials yg dia ada to assist my understanding to the research. Thanks a lottt! He's such a nice guy. Tengok dia, tingatt kat arwah atukku :. Not to forget, rasa lega sebab supervisorku and sorang lecturer - an expert in my research field, menyokong dan membantu......menjawap soklan yg memana jawapanku ke laut hahahaha. Thank you!

Selesai presentation, rasa sangat puas sebab dari feedback yg diterima, I assumed that audience faham researchku. Kalau ada yang merapu kerapu tuh asam garam. Kita bermula dari muda untuk mengumpul pengalaman. Kan?. Hari ini, people know who I am, ye laa kalau tak kenal orang, ku senyap sokmo. Lain kali kalau bertembung takdela senyum jee, bleh la berHi-Hello bagaiii and borak panjangg (ehem bertukor2 pendapat) ehehehe.

Apa sekalipun, presentation hari ni walaupun 10 min jee, is a tiny achievement I've made in my life. Harapnye lepas ni, I'll be more confident with myself and my research. Hopefully, apa yang orang kata A long journey begins with a first step menjadi (of course dengan usahaku) dalam my study and future career. Yang pasti, today I started to beleive that no pain, no gain!. Cikgu pun selalu pesan, usaha tangga kejayaan! hehehe berusahalah kita menuju kejayaan!!

I'm off to Stoke tomorrow untuk mencuci mata. Kebetulan pulak ada org ajak melihat2 pinggan-mangkuk Made in England ngehehe. What a refreshment after a hectic November!


Additional notes :

Lama sungguh tak berhubung dengan kawan-kawan. Ai doakan semuanya sihat dan bahagia k! Ada pluang dan masa kita berhubungan ;)

Hari ni birthday abah. Happy birthday! Semoga berada dibawah lindungan Allah selalu!

Selamat berexam to abang. Berusahalahh!

|

*fifa* writes @ *9:59 PM*

Thursday, November 09, 2006

Perilaku berdasarkan tarikh lahir Islam
Thanks G for this...

Click to convert Gregori to Hijri dates ;)
Sekadar berkongsi, Wallahua'alam

HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA'ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

|

*fifa* writes @ *10:31 PM*



Feb 28 . March 3 . March 26 . Apr 7 . Sept 1 . Aug 7 . Oct 11 . Oct 15 . Oct 20 . Oct 29 . Nov 6 . Nov 14 . Nov 17 . Nov 22 . Nov 25 . Nov 27 . Dec 3


: Once in A Blue Moon :
OST With Love
Layannn!

Ujian
270306

Di luar sana ada hujan
Yang turun perlahan
Sesekali deras tak mampu ditahan
Ada orang berjalan
Tenang...walau dalam hujan
Tiada bantahan
Tenang...masih berjalan
Dan aku...dalam pemerhatian..
Melihat orang berjalan
Di bawah hujan
Ada sesuatu bermain di fikiran
Aku cuba bayangkan
Hujan sebagai dugaan
Walau ia turun perlahan
Ia masih suatu ujian
Ia tetap suatu dugaan
Yang walau sekeras bantahan
Walau hebatnya penolakan
Hujan masih hujan
Aku cuba simpulkan
Ini semua kuasa tuhan
Aku sebagai insan
Tiada kuasa melawan
Harus bertahan dengan ujian
Tabah menempuh dugaan
Kental mengawal perasaan
Pohon kekuatan dari tuhan
Semoga dibekalkan
Ketenangan berpanjangan


Powered by Blogger

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
Shoutbox.us - Free Shoutbox!
Blog Trashed by Mandarin